PENGENALAN
 Sepintas lalu
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No.5, bertarikh 27 Mac 1969 serta Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan).

Bermula dengan pengambilalihan Kuala Lumpur Book Club sebagai Ibu Pejabat pada tahun 1971, perpustakaan-perpustakaan dikembangkan ke semua sembilan daerah dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Pekan dan Perpustakaan Desa.

Sehingga kini, PPAS mempunyai 7 buah Perpustakaan Daerah, 4 buah Perpustakaan Cawangan, 6 buah  Perpustakaan Pekan, 67 buah Perpustakaan Desa dan 5 unit Perpustakaan Bergerak yang menjalankan perkhidmatan ke 72 perhentian di luar bandar di seluruh Negeri Selangor. Perpustakaan ini telah memberikan perkhidmatan meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran dan rekreasi serta IT.

SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN


Hakcipta © 2004 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik menggunakan I.E ver. 4+