PERUTUSAN PENGARAH
   

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengorak langkah sejajar dengan perkembangan dunia IT. Segala maklumat dan berita terkini mengenai PPAS dapat diperolehi sekiranya anda melayari laman web kami di alamat http://www.ppas.org.my. Para pengguna akan dapat mengikuti perkembangan dan perkhidmatan yang kami sediakan dari masa ke semasa.

Melalui laman web ini pengguna dan orang ramai, walau di mana mereka berada akan dapat mengetahui sejarah penubuhan PPAS dalam sudut kronologi, objektif penubuhan dan melalui sudut perkhidmatan pula, pengguna akan mengetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh PPAS dan waktu perkhidmatan. Manakala melalui sudut koleksi, pengguna juga akan diberikan maklumat seperti jenis-jenis koleksi, antaranya Koleksi Selangor, Koleksi Rujukan, Koleksi Alat Pandang Dengar, Koleksi Majalah, Koleksi Golongan Khas dan Koleksi Kanak-kanak.

Lebih menarik lagi, pengguna dan ahli dapat mengakses maklumat serta mencari bahan melalui OPAC (Pencarian Maklumat Dalam Talian) melalui laman web ini. Kami sedang berusaha memperluaskan lagi perkhidmatan ini di masa akan datang. Kami amat mengharapkan sokongan dan komen daripada anda semua.

Akhir sekali terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami. Teruskanlah kunjungan anda untuk mengetahui sebarang perkembangan dari masa ke semasa.

SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN


Hakcipta © 2004 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik menggunakan I.E ver. 4+