PERKHIDMATAN

WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
HARI
MASA
ISNIN
10.00 Pagi - 7.00 Petang
SELASA - JUMAAT
9.30 Pagi - 7.00 Petang
SABTU & AHAD
9.30 Pagi - 5.00 Petang

WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DAERAH, CAWANGAN, PEKAN
HARI
MASA
ISNIN - JUMAAT
9.00 Pagi - 6.00 Petang
SABTU *
8.30 Pagi - 5.30 Petang

WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DESA
HARI
MASA
ISNIN - KHAMIS
9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)

JUMAAT

9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Tutup 12.15 Tengah hari - 2.45 Petang)
SABTU *
8.30 Pagi - 5.30 Petang
(Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)

*Perpustakaan DIBUKA pada Minggu Kedua dan Keempat pada setiap bulan & DITUTUP pada hari Isnin yang berikutnya.

Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.

Waktu Perkhidmatan PPAS adalah tertakluk kepada pindaan.

Keahlian / Pinjaman
a) Keahlian Perpustakaan:
  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ini terbuka kepada:
Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor
Mereka hendaklah mendaftarkan diri sebagai ahli
Mereka mengaku patuh kepada peraturan-peraturan perpustakaan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
Pendaftaran adalah percuma manakala yuran pinjaman dikenakan untuk bahan Alat Pandang Dengar.
   
b) Pendaftaran:
  * Kategori Keahlian:
  Kanak-kanak - Mereka yang berumur 12 tahun ke bawah
  Remaja - Mereka yang berumur 13 hingga 19 tahun
  Dewasa - Mereka yang berumur 20 tahun ke atas
   
Permohonan Pendaftaran Ahli Perpustakaan:
- Pengguna dikehendaki mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran Keahlian mengikut *kategori yang ditetapkan. Borang boleh didapati di kaunter Pendaftaran.
- Syarat-syarat membuat permohonan adalah seperti yang dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran Keahlian mengikut kategori seperti berikut:
  Keahlian Dewasa -
Keahlian Remaja -
Keahlian Kanak-kanak -
Keahlian Perkhidmatan Alat Pandang Dengar -
- Proses keahlian adalah sekurang-kurangnya lima hari waktu berkerja dari tarikh pendaftaran.
- Tempoh keahlian adalah selama 2 tahun . Ahli dikehendaki memperbaharui pendaftaran sekiranya ingin terus menjadi ahli. Kad pinjaman akan diberi sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
   
Pendaftaran Ahli Alat Pandang Dengar (APD)
 
- Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan Alat Pandang Dengar (ADP) dikehendaki mengisi Borang Permohonan Keahlian APD. Borang boleh didapati di Kaunter Pendaftaran.
- Perkhidmatan ini terbuka kepada mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas.
- Yuran tahunan sebanyak RM20.00 dikenakan kepada pemohon individu dan RM50.00 dikenakan kepada badan korporat. Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun.
Keselamatan Kad Keahlian
 
- Ahli adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan kad keahlian. Sekiranya kad tersebut hilang hendaklah dilaporkan kepada pihak perpustakaan.
- Kehilangan kad keahlian perpustakaan boleh digantikan dengan bayaran RM 3.00.
Penjamin
 
- Penjamin mestilah mengenali pemohon yang ingin menjadi Perpustakaan.
- Boleh mengenal pasti bahawa alamat yang diberikan dalam borang adalah betul.
- Boleh dihubungi jika ahli tersebut tidak dapat dihubungi melalui telefon ataupon surat bagi membantu menghubungi mereka.
c) Pinjaman
Pinjaman dan Pemulangan Buku
 
- Ahli dibenarkan meminjam 3 buah buku untuk tempoh 3 minggu
- Perlanjutan tempoh pinjaman boleh dilakukan selama 3 minggu di kaunter pinjaman atau melalui telefon sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.
- Ahli yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda RM0.10 sehari.
- Ahli dikehendaki membayar harga buku bagi kehilangan dan kerosakan teruk pada buku.
Pinjaman dan pemulangan Bahan Alat Pandang Dengar
 
- Setiap ahli dibenarkan meminjam sebanyak 3 bahan sama ada pita kaset, video kaset, CD, Video CD dan sebagainya bagi tempoh 3 minggu.
- Bahan yang dipinjam adalah untuk kegunaan sendiri sahaja
- Bahan-bahan APD persendirian tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.
- Ahli yang lewat memulangkan bahan akan dikenakan denda RM1.00 sehari setiap bahan.
- Ahli dikehendaki membayar gantirugi harga bahan bagi kerosakan atau kehilangan bahan yang dipinjam.
- Ahli dikehendaki membayar ganti rugi harga bahan (hardware dan software) atas kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam semasa digunakan di dalam perpustakaan.

PERATURAN PERPUSTAKAAN

 

SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN

Hakcipta © 2004 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik menggunakan I.E ver. 4+