PERPUSTAKAAN
 
Ibupejabat

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
D/a Perpustakaan Raja Tun Uda
Persiaran Bandaraya
40572 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

 

Pejabat Am : 03-55197667/ 7682/ 7679/ 7685/ 7691

Pejabat Pengarah: 03-55197676
Faksimili : 03-55196045
Email : info@ppas.org.my

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam merupakan Perpustakaan Negeri dan juga Perpustakaan Awam yang terbesar dan moden di Asia Tenggara. Rekabentuk bangunan Perpustakaan Negeri ini adalah bercirikan kebudayaan Bugis, manakala rekabentuk dalaman merupakan pertembungan antara budaya Timur dan Barat.

Bangunan ini mengandungi enam tingkat dan mempunyai 102 545 kaki persegi di mana 40 420 kaki persegi adalah ruang bacaan yang dianggarkan dapat menampung seramai 1 000 orang pembaca pada satu masa. Rak-rak buku pula dapat menempatkan 250 000 naskah buku.

Secara keseluruhan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dilengkapi dengan bahan-bahan terkini yang memenuhi keperluan pengguna dan bangunan yang tersergam indah serta peralatan yang canggih sesuai dengan perkembangan dunia IT.

 

SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN

Hakcipta © 2004 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik menggunakan I.E ver. 4+