|
SOALAN LAZIM (FAQS)
1. Soalan: Bilakah
waktu perkhidmatan Perpustakaan?
Jawapan : Waktu perkhidmatan Perpustakaan adalah seperti berikut:
WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
|
HARI
MASA
ISNIN
10.00 Pagi -
6.00 Petang
SELASA - JUMAAT
9.30 Pagi - 6.00
Petang
SABTU & AHAD
*
10.00 Pagi - 5.00
Petang
|
WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DAERAH, CAWANGAN & DESA
|
HARI
MASA
ISNIN - JUMAAT
9.00 Pagi - 5.30
Petang
SABTU
**
9.00 Pagi - 5.30
Petang
|
* Perpustakaan
DIBUKA pada Minggu Kedua dan Keempat pada setiap
bulan.
** Perpustakaan
DIBUKA pada Minggu Kedua dan Keempat pada setiap
bulan & DITUTUP pada
hari Isnin yang berikutnya
Perpustakaan DITUTUP
pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.
Waktu perkhidmatan
Perpustakaan juga boleh di lihat di pintu masuk Perpustakaan dan juga di Laman
Web Perpustakaan PPAS iaitu di http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm
2. Soalan : Bagaimanakah
untuk menjadi Ahli Perpustakaan,
adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-
syaratnya?
Jawapan :
Pendaftaran Ahli Perpustakaan PPAS adalah Percuma dan
terbuka kepada warganegara yang bermastautin di Selangor.
Pengguna boleh mendapatkan borang pendaftaran di Kaunter
Pendaftaran Keahlian cara pendaftaran. Syarat untuk menjadi
Ahli Perpustakaan boleh dirujuk pada borang pendaftaran dan
juga pada Laman Web PPAS iaitu di
http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm
3. Soalan : Berapakah
jumlah buku atau bahan yang boleh saya
pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh
pinjaman bahan-bahan tersebut?
Jawapan : Jumlah
pinjaman bahan adalah 3 buah dan jangkamasa
pinjaman selama 3 minggu. Perlanjutan tempoh pinjaman
boleh dilakukan selama 3 minggu di kaunter pinjaman atau
melalui telefon ditalian 03-55197667 Ext 104 sebelum atau
pada tarikh pemulangan buku.
4. Soalan : Dimanakah
peminjaman dan pemulangan bahan APD
dibuat?
Jawapan :
Peminjaman dan pemulangan bahan APD boleh dibuat di
kaunter Alat Pandang Dengar Tingkat LG 1, Bahagian Edaran.
5. Soalan : Jika sebuah
buku atau bahan telah dipinjam di
Perpustakaan Induk PPAS, bolehkah ianya dipulangkan
di Perpustakaan Cawangan atau di perpustakaan lain
yang dikendalikan oleh PPAS?
Jawapan : Semua
buku/bahan mesti dipulangkan di Perpustakaan di
mana buku/bahan tersebut dipinjam.
6. Soalan : Bolehkah
OPAC diakses dari luar perpustakaan?
Jawapan : OPAC
boleh diakses di internet melalui Laman Web
http://www.ppas.org.my
7. Soalan : Apakah
perkhidmatan yang terdapat di PPAS?
Jawapan :
Terdapat pelbagai Perkhidmatan yang disediakan di PPAS
diantaranya ialah Perkhidmatan Multimedia, Rujukan, Alat
Pandang Dengar dan Pinjaman & Pemulangan bahan. Namun
begitu tidak semua perpustakaan menyediakan perkhidmatan
tersebut dan untuk mengetahui maklumat yang terperinci sila
lawat Laman Web PPAS iaitu :
http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm
8. Soalan : Bagaimana
untuk mendapatkan buku rujukan, Majalah,
journal dan buku-buku peperiksaan. Di bahagian
manakah bahan-bahan ini boleh didapati?
Jawapan :
Bahan-bahan ini boleh didapati di Tingkat Bawah, Bahagian
Rujukan.
9. Soalan : Bagaimana
hendak mendapatkan maklumat tentang
bahan-bahan sejarah tempatan dan peta tentang
daerah-daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor?
Jawapan :Anda
boleh merujuk Portal Iwin atau terus ke Bilik Koleksi
Selangor di Bahagian Rujukan.
10. Soalan : Di manakah
boleh diperolehi isu terkini tentang wanita
dan kanak-kanak?
Jawapan :
Anda boleh merujuk Keratan Akhbar di Bilik Koleksi Akses
Terhad ataupun anda boleh merujuk majalah Wanita, Jelita,
Pa & Ma dan Mastika di Bahagian Koleksi Majalah Bahagian
Rujukan atau terus ke rak umum yang nombor kelasnya
adalah 305.
11. Soalan : Di manakah
boleh saya dapatkan maklumat tentang K-
Ekonomi di dalam akhbar tahun 2003?
Jawapan : Anda boleh terus ke Bilik Koleksi Akses Terhad di Bahagian
Rujukan untuk merujuk Keratan Akhbar ataupun buku-buku
yang terdapat di rak umum.
12. Soalan : Di manakah
boleh diperolehi isu terkini tentang telefon
bimbit?
Jawapan : Anda boleh merujuk Majalah PC di Bahagian Koleksi Majalah
Bahagian Rujukan.
13. Soalan : Boleh saya
dapatkan kamus di dalam Bahasa Jepun?
Jawapan : Anda boleh merujuk rak umum dimana nombor kelasnya
adalah 413, di Bahagian Rujukan.
14. Soalan :
Bagaimana boleh diperolehi Laporan Tahunan tentang
Institusi Jantung Negara?
Jawapan : Anda boleh terus ke Bilik Akses Terhad dan dapatkan
Senarai Terkini di kaunter Rujukan.
15. Soalan : Isu terkini
berkenaan sukan Bola Sepak?
Jawapan : Anda boleh merujuk Majalah Arena Bola Sepak di Bahagian
Koleksi Majalah Bahagian Rujukan ataupun terus ke rak
umum di mana nombor kelasnya adalah 796.
16. Soalan : Di manakah
boleh diperolehi isu tentang bencana alam
di Malaysia?
Jawapan : Anda boleh merujuk Keratan Akhbar di Bilik Koleksi Akses
Terhad.
|