- Bilakah waktu perkhidmatan
perpustakaan?
- Bagaimanakah untuk menjadi ahli
perpustakaan, adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-syaratnya?
- Berapakah jumlah buku atau
bahan yang boleh saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan
tersebut?
- Sekiranya saya
lewat memulangkan buku atau bahan pandang dengar, berapa kadar bayaran yang
akan dikenakan?
- Adakah koleksi
APD boleh dipinjam dan apakah syarat-syaratnya?
- Jika sebuah buku atau bahan telah
dipinjam di perpustakaan Raja Tun Uda, bolehkah ianya dipulangkan di perpustakaan cawangan
atau perpustakaan lain yang dikendalikan oleh PPAS?
- Bolehkah mencari maklumat bahan/
buku di perpustakaan Awam Selangor melalui internet?
- Apakah
perkhidmatan tambahan yang terdapat di PPAS?
- Adakah buku
yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?
- Bagaimanakah
hendak mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan sejarah tempatan dan peta
tentang daerah-daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor?
- Siapakah boleh
saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan
Perpustakaan?
- Saya ingin
mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan
diperpustakaan?
- Adakah
PPAS menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel,
kursus dan lain-lain aktiviti?
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
| HARI |
MASA
|
|
ISNIN
SELASA - JUMAAT
SABTU & AHAD
|
10.00 Pagi - 7.00 Petang 9.30 Pagi -
7.00 Petang
9.00 Pagi - 5.00 Petang |
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DAERAH, CAWANGAN,
& PEKAN
| HARI |
MASA
|
|
ISNIN
- JUMAAT
SABTU
*
|
9.00
Pagi - 6.00 Petang
8.30 Pagi - 5.30 Petang |
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
DESA
|
HARI |
MASA |
|
ISNIN - KHAMIS
JUMAAT
SABTU * |
9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)
9.00 Pagi - 6.00 Petang
(Tutup 12.15 Tengahari - 2.45 Petang)
8.30 Pagi - 5.30 Petang
(Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang) |
* Perpustakaan DIBUKA pada
setiap hari Sabtu Minggu Kedua dan Keempat sahaja pada setiap bulan &
DITUTUP pada hari Isnin yang berikutnya.
Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.
Waktu Perkhidmatan PPAS adalah tertakluk kepada pindaan.
Waktu
perkhidmatan Perpustakaan juga boleh di lihat di pintu masuk Perpustakaan dan
laman web perpustakaan iaitu di http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm
Pendaftaran
Ahli Perpustakaan PPAS adalah PERCUMA dan terbuka kepada warganegara yang
bermastautin di Selangor. Pengguna boleh mendapatkan borang pendaftaran di Kaunter
Pendaftaran Keahlian. Cara pendaftaran & syarat-syarat untuk menjadi Ahli Perpustakaan
boleh dirujuk pada borang pendaftaran dan juga pada Laman Web PPAS iaitu di http://www.ppas.org.my/perkhidmatan.htm
Jumlah pinjaman bahan adalah 3
NASKAH
dan jangka masa pinjaman selama 3 MINGGU. Perlanjutan tempoh
pinjaman boleh dilakukan di kaunter pinjaman atau melalui telefon ditalian
03-55197667 samb 104 sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.
Pembaharuan tidak dibenarkan sekiranya bahan
yang dipinjam telah ditempah oleh pengguna lain
Bagi kelewatan memulangkan bahan perpustakaan,
kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut:
Buku : RM0.10 sehari/ naskah (Maksimum denda RM1.00/
naskah)
Bahan Pandang Dengar : RM1.00 sehari/ unit
Pengguna boleh meminjam bahan-bahan APD (CD, VCD,
DVD) dengan syarat hendaklah berdaftar menjadi Ahl APD dahulu dengan bayaran
keahlian individu ( berumur 16 tahun ke atas) RM20.00 stahun dan keahlian
korporat RM50.00 setahun. Ahli dibenarkan memu\injam 3 unit bahan selama 3
minggu
Melanjutkan tempoh pinjaman juga boleh dilakukan
di kaunter APD atau melalui telefon ditalian 03-55197667 samb 111 sebelum atau
pada tarikh pemulangan bahan.
Buat masa sekarang
semua buku/ bahan mesti dipulangkan di perpustakaan dimana buku/ bahan
tersebut dipinjam sahaja.
Maklumat
bahan/ buku boleh dicari menggunakan terminal OPAC yang disediakan di dalam perpustakaan
atau melalui internet di rumah.
Cara-cara
menggunakan OPAC:
Layari
Laman Web http://www.ppas.org.my
Klik
OPAC
Taipkan
Tajuk bahan/ buku yang dicari pada ruang Search
Klik
Go
Gunakan ikon anak
panah untuk ke laman seterusnya
*Pencarian juga boleh di buat menggunakan
ISBN/Series Title/Author/Subject dengan menukar pilihan Options
Terdapat pelbagai
perkhidmatan yang disediakan di PPAS di antaranya ialah:
-
Pangkalan data Law
Net
-
Perkhidmatan
Multimedia
-
Portal e-learning
(Jejak IT), e-komuniti , e-Belia
-
Koleksi tempatan
dan koleksi digital
-
Pinjaman antara
perpustakaan
-
Perkhidmatan Wifi
Namun begitu tidak
semua perpustakaan menyediakan perkhidmatan tersebut.
Pengguna boleh
memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui kotak pemulangan buku
(book drop) yang disediakan diruang lobi perpustakaan. Perkhidmatan kotak
pemulangan buku hanya terdapat di perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam sahaja,
buat masa ini.
Anda boleh merujuk
Portal Iwin (melalui Iwin & terminal Koleksi Selangor yang disediakan) atau
terus ke Bilik Koleksi Selangor di bahagian Rujukan, Perpustakaan Raja Tun Uda,
Shah Alam.
Anda boleh merujuk
kepada Pegawai yang bertugas di kaunter Khidmat Maklumat Masyarakat (CIS).
Pertanyaan melalui telefon boleh dilakukan ke kaunter-kaunter berikut:
- Kaunter Pinjaman/ Pemulangan 03-55197667 samb 104
- Kaunter Khidmat Maklumat Masyarakat (CIS) 03-55197667 samb 103
- Kaunter Bahagian Rujukan 03-55197667 samb 160
- Kaunter Bahan APD 03-55197667 samb 111
Perpustakaan
menyediakan kemudahan Bilik Multimedia. Pengguna boleh mengakses internet atau
membuat tugasan individu. Penggunaan Bilik Multimedia ini tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan dan kadar bayaran bagi dewasa ialah RM2.00
sejam dan kanak-kanak RM1.00 sejam. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke
talian 03-55197667 samb 123/ 104
Perpustakaan ada
menyediakan kemudahan tersebut di Perpustakaan Raja Tun Uda dan perpustakaan
daerah atau cawangan yang tertentu. Sila berhubung dwngan Bahagian Pentadbiran/
Kewangan di talian 03-55197667 samb 117 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan
kadar bayarannya.
SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN
|